Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah beroperasi di kampus
sementaranya di Kolej Komuniti Darulaman pada 16 Mei 2003. PTSS
berpindah ke kampus
tetapnya pada 16 Jun 2004 dan pengambilan pelajar yang pertama bermula
pada sesi Julai 2004. Dahulu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dikenali
sebagai Politeknik Perlis. Kampus Tetap Politeknik terletak di KM 25
Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.
Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi. Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian
Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.
Selain dari jabatan akademik PTSS turut mempunyai Unit Pentadbiran,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan &
Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit
Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit
Perhubungan & Latihan Industri, Unit Multimedia & Intruksional
dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin menawarkan program di peringkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma
(3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua
warganegara Malaysia.
No comments:
Post a Comment